Pendedahan Maklumat
Perbadanan Putrajaya tidak akan mendedahkan kepada pihak ketiga maklumat peribadi dan / atau demografi anda kecuali seperti yang dinyatakan
dalam dua subperenggan berikut.
1. Bagi membantu tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan penyediaan produk dan perkhidmatan kepada anda,
kami mungkin akan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga mengikut pengkelasan seperti berikut :
- Gabungan syarikat-syarikat kami dan anak syarikat kami di dalam atau luar Malaysia;
- Sebarang institusi kewangan dan syarikat-syarikat yang mengeluarkan kad caj atau kad kredit.
- Penasihat, juruaudit, perunding, kontraktor, pembekal produk dan perkhidmatan kami sekadar makluman yang diperlukan sahaja;
- Pihak berkuasakawal selia, agensi-agensi penguatkuasaan dan mana-mana pihak yang berkaitan dengan prosiding undang-undang;
- Mana-mana pemegang serah hak atau bakal penerima pindah milik atau pemeroleh syarikat atau perniagaan kami atau berkenaan dengan
perlaksanaan korporat.
2. Perbadanan Putrajaya mungkin mendedahkan maklumat seperti itu kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang bekerja dengan kami untuk
menjalankan tugas sebagai wakil kami. Contohnya termasuk menjadi hos pelayan Web kami, menganalisis data, memproses bayaran kad kredit, dan memberi
perkhidmatan kepada pelanggan. Syarikat-syarikat ini dan individu-individu akan mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda sebagai keperluan bagi
melaksanakan tugas mereka, tetapi mereka tidak boleh berkongsi maklumat tersebut dengan mana-mana pihak ketiga lain.
3. Perbadanan Putrajaya mungkin mendedahkan maklumat seperti itu jika dikehendaki oleh undang-undang dan, jika diminta berbuat demikian oleh satu entiti
kerajaan atau jika kita meyakini dengan niat baik tindakan seumpama itu adalah perlu untuk:
- mematuhi keperluan-keperluan undang-undang atau mematuhi proses undang-undang;
- melindungi hak atau harta Perbadanan Putrajaya;
- menghalang satu jenayah atau mempertahankan keselamatan negara; atau
- melindungi keselamatan diri pengguna-pengguna atau orang awam.
Akses, pembetulan atau menghadkan proses-proses Maklumat Peribadi Anda.
1. Pada bila-bila masa anda boleh mengemukakan permintaan untuk akses, membuat pembetulan, mengemaskini atau menghadkan
proses-proses maklumat peribadi anda dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis kepada butir-butir hubungan seperti yang tertera di bawah :
Perbadanan Putrajaya,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya.
Emel : ppjonline@ppj.gov.my
Telefon : 03-8000 8000
Faksimili : 03-88875000
2. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kami untuk memproses Maklumat Peribadi anda seperti di atas,
kami mungkin tidak dapat :
- Memproses permohonan anda;
- Memberikan maklumat - maklumat terkini, produk-produk atau perkhidmatan yang diminta oleh anda yang
berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kami; atau
- Memproses atau melaksanakan transaksi perniagaan yang releven.