Terma dan Syarat Penggunaan Dewan
 
PERBADANAN PUTRAJAYA
 
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN DEWAN
PERSIDANGAN DAN AUDITORIUM CEMPAKA SARI,
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1.0 PERMOHONAN  
     
  1.1 Permohonan untuk menyewa Dewan Persidangan dan Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya hendaklah dibuat melalui Borang Tempahan Sewaan yang
    boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan atau pejabat Unit Sewaan Premis dan Kompleks, Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Korporat , Aras 8, Blok A dan dikemukakan secara
    serahan tangan atau emel.
  1.2 Semua permohonan penyewaan hendaklah dibuat kepada :-
    Naib Presiden (Perkhidmatan Korporat)
    Perbadanan Putrajaya
    Kompleks Perbadanan Putrajaya.
    (u.p : Unit Sewaan Premis & Kompleks)
    No. Tel : 03 - 8000 8000 (1MOCC) / 03 - 8887 7000 (PPj)
    No. Faks : 03 - 8889 5001/5009
     
  1.3 Semua urusan perohonan hendaklah dibuat dalam waktu pejabat sahaja.
    Isnin - Khamis :             8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
                                             2.00 Petang - 4.00 Petang
    Jumaat              :            8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
                                             2.45 Petang - 4.00 Petang
     
    Pengesahan penempahan hendaklah dibuat dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh penggunaan. Walau bagaimanapun tempahan yang dibuat dalam tempoh kurang dari 1 bulan, masih boleh dipertimbangkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) tertakluk kepada kekosongan.
     
  1.4 Sebarang pembatalan atau perubahan tarikh hendaklah dibuat 1 bulan sebelum tarikh sewa dan ini tertakluk kepada kekosongan.
     
  1.5 PPj berhak untuk membenarkan atau menolak sesuatu permohonan sewaan tanpa memberikan sebarang sebab atau pun menarik balik tempahan serta tawaran penggunaan ruang/tempat di atas
    kepentingan dan keperluan PPj tanpa notis atau bayar ganti rugi.
     
2.0 PEMBAYARAN  
     
  2.1 Deposit sewaan adalah sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada bayaran sewaan semasa tempahan, tertakluk kepada amaun minimum sebanyak rm200.00. Deposit ini akan dikembalikan jika
    tiada tanggungan dialami. Penyewa dikehendaki membayar sekiranya terdapat tanggungan melebihi nilai deposit.
     
  2.2 Penyewa hendaklah membayar kepada PPj bayaran penuh dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan. Sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak PPj
    berhak untuk membatalkan tempahan tanpa sebarang notis kepada pemohon.
     
  2.3 Pembayaran hendaklah dibuat di Kaunter Bayaran (Pusat Khidmat Pelanggan) Aras 1, Bangunan Annexe, Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya atau secara Atas Talian
    mengikut mana berkenaan dengan mengguna mod bayaran seperti berikut :
     
    (a) Tunai
    (b) Deraf Bank
    (c) Kad Kredit
    (d) Perbankan Internet
     
  2.4 Penyewa dibenarkan membuat tuntutan wang deposit setelah selesai penggunaan dengan mengemukakan resit rasmi bayaran deposit.
     
3.0 PENGGUNAAN  
     
  3.1 Waktu penggunaan ruang/tempat adalah seperti berikut :-
     
    Isnin - Jumaat :             8.00 Pagi - 4.00 Petang
                                             4.00 Petang - 12.00 Malam
     
    Sabtu                :            8.00 Pagi - 4.00 Petang
                                           4.00 Petang - 12.00 Malam
     
    Ahad/                :            8.00 Pagi - 4.00 Petang
    Cuti Umum      :            4.00 Petang - 12.00 Malam
     
4.0 KADAR SEWA  
     
  4.1 Kadar sewa adalah seperti yang dinyatakan di dalam lampiran Borang BPSK-01/2015 (Borang Permohonan Tempahan Perkhidmatan/Program/Aktiviti/Majlis/Sewaan dan Lain-lain)
     
5.0 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN  
       
  5.1 Tanggungjawab Perbadanan Putrajaya
  5.1.1   PPj akan menyediakan keperluan teknikal iaitu sistem lampu, sistem bunyi dan hawa dingin dan peralatan lain yang sedia ada di ruang/tempat berkenaan.
  5.1.2   PPj akan menempatkan sekurang-kurangnya dua (2) orang Penolong Jurutera/Juruteknik untuk bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan penyeliaan peralatan teknikal milik PPj sahaja
      dan penyeliaan sepanjang tempoh penggunaan.
  5.1.3   PPj boleh dan berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual yang bertujuan untuk simpanan/dokumentasi pihak PPj yang bukan untuk tujuan dagangan.
       
  5.1.4   PPj tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan, props dan lain-lain barang ataupun peralatan teknikal milik Penyewa yang disimpan di dalam kawasan PPj sekiranya berlaku
      kehilangan dan kerosakan kepada peralatan tersebut.
       
  5.1.5   PPj tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian penyewa, pekerja-pekerja, agen-agen, atau tetamunya atau sesiapa jua sebelum, smeasa dan selepas
      penggunaan ruang/tempat.
       
  5.1.6   PPj tidak menyediakan tenaga pekerja bagi membantu persiapan pihak penyewa.
       
  5.1.7   PPj berhak mengambil tindakan atau membatalkan tempahan jika didapati penyewa gagal mematuhi garis panduan atau melanggar peraturan yang disediakan dan tidak akan membayar
      sebarang ganti rugi dengan sebab pembatalan sesuatu tempahan.
       
  5.1.8   Tempat letak kereta di kompleks Perbadanan Putrajaya adalah terhad. Walau bagaimanapun, para jemputan dibenar menggunakan tempat-tempat letak kereta ini (kecuali bagi tempat letak
      kereta yang telah dikhaskan untuk kenderaan PPj serta pegawai dan kakitangannya). Segala kerosakan, kehilangan atau pun sesuatu perkara berlaku ke atas kenderaan adalah di bawah
      tanggungjawab sendiri.
       
  5.1.9   PPj atau pegawainya yang diberikan kuasa hendaklah dibenarkan keluar atau masuk ruang/tempat pada bila-bila masa untuk menjalankan pemeriksaan atau tugas-tugas sekali pun
      semasa ianya sedang dijalankan.
       
  5.2 Tanggungjawab Penyewa
  5.2.1   Penyewa yang menggunakan segala peralatan dan kemudahan milik PPj adalah bertanggungjawab bagi menentukan ianya diselenggarakan dengan sebaik-baiknya . Sekiranya berlaku
      kerosakan, kemusnahan atau kehilangan kepada perlatan tersebut akibat kecuaian Penyewa, PPj berhak menuntut gantirugi dengan nilai harga kerosakan atau nilai harga peralatan
      tersebut. PPj berhak menggunakan wang deposit bagi memperbaiki kerosakan atau mengganti kemusnahan berkenaan dan sekiranya wang deposit tersebut tidak dapat menampung kos
      pembaikan atau penggantian, PPj boleh menuntut bakinya daripada Penyewa.
       
  5.2.2   Penyewa tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang/tempat yang disewa. Sebarang penambahan perlulah mendapat kelulusan
      bertulis dari PPj.
       
  5.2.3   Penyewa boleh dengan persetujuan PPj untuk membawa perabot dan perkakas-perkakas lain milik Penyewa selain dari yang disediakan oeh PPj.
       
  5.2.4   Semua peralatan, harta milik Penyewa atau barangan lain seumpamanya yang hendak dibawa masuk lebih awal iaitu sebelum tempoh masa penyewaan perlulah mendapat persetujuan PPj
      telebih dahulu. PPj tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan peralatan, harta benda atau barangan tersebut.
       
  5.2.5   Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan.
       
  5.2.6   Pemasangan backdrop pada dinding atas pentas hendaklah dilakukan tanpa meggunakan paku. Backdrop hendaklah ditanggalkan selepas sahaja setiap persembahan selesai
      dan membersihkan segala kesan yang tertinggal serta memastikan tiada sebarang kecacatan yang berlaku. Sekiranya berlaku kekotoran atau kerosakan, penyewa adalah bertanggungjawab
      untuk membaiki kerosakan tersebut.
       
  5.2.7   Penyewa tidak dibenarkan menampal/melekat bahan-bahan hebahan seperti poster, brosur atau gambar dimana-mana bahagian dinding, cermin bangunan melainkan setelah mendapatkan
      kelulusan PPj terlebih dahulu.
       
  5.2.8   Aktiviti yang berbentuk persembahan, Penyewa hendaklah menyediakan Penolong Jurutera/Juruteknik untuk bertindak sebagai penyelia peralatan dan ruang/tempat.
       
  5.2.9   Segala penggunaan/penyewaan ruang/tempat dan kemudahan PPj dihadkan penggunaannya sehingga masa yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan perenggan 3.1 di atas.
       
  5.2.10   Penyewa dikehendaki mengeluarkan segala peralatan persendirian, termasuk props, set dan semua barang-barang kepunyaan Penyewa daripada ruang/tempat selepas tamat
      masa penggunaan.
       
  5.2.11   Penyewa tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian ruang/tempat yang tidak ditempah tanpa kebenaran PPj.
       
  5.2.12   'Backdrop' boleh diuruskan oleh PPj dengan bayaran berasingan berdasarkan kepada harga, konsep, rekacipta, pemasangan dan tanggal semula. Satu senarai pembekal boleh didapati
      daripada pihak pengurusan.
       
6.0 SYARAT-SYARAT AM  
     
  6.1 Setiap persembahan/pertunjukan/majlis yang memerlukan surat kelulusan atau permit dari pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa, perlulah dikemukakan salinan permit tersebut
    kepada PPj dan Penyewa dikehendaki mempamerkannya di pintu masuk ruang/ tempat yang disewa.
  6.2 Semua kawasan dalam bangunan Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah kawasan larangan merokok.
     
  6.3 Makan dan minum dalam apa jua bentuk sekalipun adalah tidak dibenarkan di dalam ruang/tempat yang disewa melainkan di tempat yang dikhaskan sahaja.
     
  6.4 Minuman keras adalah dilarang sama sekali.
     
  6.5 Sebarang aktiviti jualan adalah tidak dibenarkan semasa persembahan/pertunjukan/majlis sedang diadakan.
     
  6.6 'Rehearsal' ringkas selama 2 jam boleh dibuat dalam waktu pejabat sahaja tanpa hawa dingin.
     
  6.7 Persembahan/pertunjukan/majlis tidak bercanggah dengan hukum Islam atau dasar PPj.
     
  6.8 Persembahan/pertunjukan/majlis yang melibatkan permainan muzik hendaklah dihentikan apabila masuk waktu solat ketika azan dilaungkan di masjid.